Laluan memanjat Gunung_Everest

Laluan selatan dan utara sebagaimana dilihat dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Gunung Everest mempunyai dua laluan memanjat, rabung tenggara dari Nepal dan rabung barat laut dari Tibet. Dari keduanya, rabung tenggara adalah lebih mudah secara teknikal dan merupakan laluan yang paling sering digunakan. Ia juga merupakan laluan yang digunakan oleh Hillary dan Norgay pada tahun 1953. Bagaimanapun, ini adalah disebabkan oleh isu politik, bukannya disengajakan kerana sempadan Tibet ditutup kepada orang asing pada tahun 1949.

Kebanyakan percubaan dilakukan antara bulan April dan Mei sebelum musim monsun musim panas melanda. Pertukaran pada aliran jet pada ketika ini turut mengurangkan purata kelajuan angin di gunung. Sementara cubaan kadang-kala dilakukan selepas monson pada September dan Oktober, tambahan salji terhimpun dari monson meningkatkan kesukaran.

Rabung tenggara

Pendakian melalui rabung tenggara bermula dengan perjalanan ke kem pengkalan pada 5,380 meter (17,600 kaki) pada sebelah selatan Everest di Nepal. Expedisi biasanya bermula daripada penerbangan masuk ke Lukla 2,860m dari Kathmandu dan kemudian berjalan ke kem pengkalan, yang biasanya mengambil masa enam hingga lapan hari, membenarkan penyesuaian altitud yang sesuai agar menghindar penyakit altitud. Peralatan pendakian dan bekalan di bawa oleh yak, dzopkyos dan porter ke kem pengkalan di Glasiar Khumbu. Apabila Hillary dan Norgay mendaki Everest pada tahun 1953, mereka bermula dari Jiri yang, masakini, mengambil masa lima hingga enam hari untuk sampai ke Lukla.

Pendaki akan menghabiskan masa selama beberapa minggu di kem pengkalan, menbiasakan diri dengan altitud. Ketika itu, Sherpa dan sebahagian pendaki ekspedisi akan menyediakan tali dan tangga di Khumbu Icefall yang berbahaya. Serac dan blok air batu yang bergerak boleh menjadikan runtuhan ais yang merupakan salah satu bahagian paling merbahaya dalam perjalanan. Ramai pendaki dan sherpa telah terbunuh di bahagian ini. Untuk mengurangkan bahaya, pendaki biasanya memulakan pendakian mereka sebelum subuh. Apabila cahaya matahari menyinari ais jatuh (icefall), bahaya akan meningkat dengan mendadak. Di atas ais jatuh ini adalah kem I atau kem pengkalan hadapan(advanced base camp (ABC)) pada ketinggian 6,065m (19,900 kaki).

Dari kem I, pendaki akan bergerak keatas ke Western Cym ke pengkalan di muka Lhotse, di mana kem II didirikan pada ketinggian 6,500m (21,300 kaki). Western Cym agak datar, lembah glasier bercerun landai, ditanda dengan beberapa crevasse memanjang di tengah yang menghalang laluan terus ke bahagian atas Cym. Pendaki terpaksa menyeberangi jauh ke kanan berhampiran pengkalan Nuptse melalui laluan kecil dikenali sebagai "Sudut Nuptse". Western Cym juga dikenali sebagai "Lembah Sunyi - Valley of Silence" kerana bentuk mukabumi (topografi) kawasan tersebut biasanya menghalang sebarang angin dari sampai ke laluan pendakian. Altitud yang tinggi dan hari yang terang tanpa angin menjadikan Western Cym amat panas bagi para pendaki.

Dari kem II, pendaki memanjat permukaan Lhotse menggunakan tali kekal sehingga tebing kecil pada 7,470 m (24,500 kaki). Dari situ, ia sejauh 500 metre lagi ke kem IV pada bahagian selatan pada 7,920 m (26,000 kaki). Dari kem III ke kem IV, pendaki berhadapan dengan dua cabaran tambahan: Taji Geneva dan Gelang Kuning (The Yellow Band). Taji Geneva merupakan rabung batu hitam berbentuk (anvil) yang dinamakan oleh ekspedisi Swiss 1952. Tali kekal membantu pendaki mendaki gelang batu yang diseliputi salji ini. Gelang Kuning adalah bahagian batuan mendak atau ('sedimen') yang memerlukan tali sepanjang 100 metre untuk melintasinya.

Di selatan col, pendaki memasuki zon mati. Pendaki biasanya hanya tahan maksima dua atau tiga hari pada altitud ini sebelum membuat cubaan ke puncak. Cuaca baik dan angin perlahan adalah faktor penting dalam menentukan samaada mencuba kepuncak. Jika cuaca tidak sesuai dalam tempoh pendek ini, pendaki terpaksa turun, kebanyakannya sehingga ke kem pengkalan.

Dari kem IV, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak sekitar tengah malam dengan harapan sampai ke puncak (masih 1,000 metre tinggi) dalam tempoh 10 hingga 12 jam. Pendaki akan sampai "The Balcony" pada 8,400m (27,700 kaki), pelantar kecil di mana mereka boleh berhenti dan merenung kearah puncak di selatan dan timur dalam cahaya waktu pagi. Meneruskan mendaki rabung, pendaki akan berhadapan dengan tangga batu yang mengancam yang biasanya memaksa mereka ke timur ke dalam salji yang sampai ke tahap pinggang, ancaman bahaya runtuhan salji. Pada 8,750m (28,700 kaki), dom salji dan air batu sebesar meja kecil menandakan puncak selatan.

Dari puncak selatan, pendaki mengikut rabung timur seperti mata pisau sepanjang apa yang dikenali sebagai "Cornice Traverse" di mana salji melekat di batu sekali-sekala. Ini adalah seksyen paling terdedah dalam pendakian kerana silap langkah akan menjatuhkan seseorang 2,400m (8,000 kaki) ke bawah di sebelah muka barat daya sementara di sebelah kanan adalah 3,050m (10,000 kaki) permukaan Kangshung. Pada akhir laluan ini adalah dinding batu mengkagumkan setinggi 12 m (40 kaki) dikenali sebagai "Hillary Step" pada 8,760m (28,750 kaki). Hillary dan Norgay merupakan pendaki pertama mendaki tapak ini dan mereka melakukannya dengan perkakasan memanjat air batu primitif dan tanpa tali kekal. Masa kini, pendaki akan mendaki tapak ini menggunakan tali kekal yang dipasang oleh Sherpa. Melepasi tapak ini, ia adalah mudah untuk melangkah terus ke atas melalui dongakan tebing salji serdahana curam. Pendaki biasanya menghabiskan kurang dari 1/2 jam di "puncak dunia" kerana mereka menyedari mereka perlu menuruni ke kem IV sebelum kegelapan menyelubungi atau cuaca petang menjadi masalah besar.

Rabung Barat Laut

Laluan Rabung Barat Laut (Northwest ridge) bermula dari sebelah utara Everest di Tibet. Laluan ekspedisi melalui Glasier Rongbuk, mendirikan kem pengkalan pada ketinggian 5,180 m (17,000 kaki) di dataran anak batu betul-betul di bawah glasier. Untuk mencapai kem II, pendaki perlu mendaki (medial moraine) di timur Glasier Ronguk sehingga kaki Changtse sekitar 6,100 m (20,000 kaki). Kem III (ABC) terletak di bawah sebelah utara pada ketinggian 6,500 m (21,300 kaki). Untuk sampai kem IV disebelah utara, pendaki perlu mendaki glasier ke kaki (col) di mana tali kekal digunakan bagi mendaki col utara pada ketinggian 7,010 m (23,000 kaki). Dari utara col, pendaki mendaki rabung utara berbatu untuk mendirikan kem V pada ketinggian 7,775 m (25,500 kaki). Laluan menegak sebelah utara melalui siri lurah dan lekik (gullies and steepens) melalui tebing turun melalui permukaan kasar sebelum sampai ke tapak kem VI pada 8,230 m (27,000 kaki). Dari kem VI, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak terakhir. Pendaki mesti bermula melalui tiga gelang batu yang dikenali sebagai Langkah Pertama, Langkah Kedua dan Langkah Ketiga. Apabila melepasi langkah ini, tebing puncak terakhir (50 hingga 60 darjah) ke puncak.

Rujukan

WikiPedia: Gunung_Everest http://english.peopledaily.com.cn/200211/19/eng200... http://www.adventurestats.com/tables/8000erbasics.... http://www.everesthistory.com/time3.htm http://classic.mountainzone.com/everest/98/climb5-... http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/3734931.stm https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb15289744k https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb15289744k https://catalog.archives.gov/id/10038395 https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85045978